Alahhhh....jumpe kat tenet niee ~
p nak share gak lahhh!!! hehehehe....
p nak share gak lahhh!!! hehehehe....
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
~~> Ermmm... menangis dalam hati begitu menyakitkan :-( .. Jd utk kebaikan..keluarkanlah airmata sebanyaknya..Baru lega..
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
~~>Haa... yang ni salah sket laaa.... sy laen sket... jgn la kamu biarkan sy sOrg diri ehh..
trus pujuk jek tawww... :p
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
~~> Bila kita dah sygkan seseorg, segala y buruk nmpak baik..!!!
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
~~> Setuju sgt2 lahh..tpy bab sdg kuar ngn laky laen tu x Ok!!!
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
~~> hihihihihi...... *blushing*
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
~~> Hehhehe..bile trima pujian kembang semangkuk & sipu2 malu.. Tp pujian tu bg sy 1 penghargaan utk wanita. Puji pon pujilah seadanya..Bkn melebih-lebih
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
~~ Boleh berlaku, jika hati perempuan terlalu terluka..Kesimpulannya, jika rasa xde perasaan pd seseorg wanita tu, jgn bgnya harapan.ni tuk pngtahuan jek laa**
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
~~> ummm.....ni tuk pngtahuan jek laa**
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
~~> yupp!!! btul3!!
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
~~> tOuching laa nty, u knOw..!!
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
~~> ummm........???
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
~~> hehehheee......
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
~~ > jgn senyum sbarangan kat Org laen lahh!!
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
~~>setuju..sbb dah pun!!
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
~~>setuju..ni tuk pngtahuan jek laa**
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
~~>hehhehee..ni tuk pngtahuan jek laa**
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
~~> haah.....
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
~~> betul...slalu sgt pk cmtuu!!! smpai b pun da taknak dgar sy ckap ni agy!!hehe...
*Biar dia sorang je dlm hidup..Tp itulah...peristiwa lalu mematangkan diri.. ^_^
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
~~>xperlulahh! kamu ada bakat....hehehe
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
~~>ni tuk pngtahuan jek laa**
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
~~> ???????????? yg pasal BEKAS tu tipu!!
22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
~~> betull...kalo ada tambahan kata2 y sweet..lg indah rasanya
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
~~>haah2!! setuju SGTT..
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
~~setuju..yup2!
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
~~> yerrr.......
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
~~> btul tuuu!!! sebab tu nak tau ary2..!!suke dgar!! jgn bOsAn..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
~~> Ok,memg sy kuat nanges dari kecik!!!! aiyOoo
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
~~mmg sgt2 suka..rasa dihargai oleh pasangan.....
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
~~>betul kot....hehehee
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
~~ 100% SETUJU.. bukan mau harta & wang ringgit.....
p/S : tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)
No comments:
Post a Comment
kOmen kiterr ~