Monday 30 January 2012

Laky yg tulis: pasal perempuann!!!!

hahahahah....dari tenet lagii!!!




Lama dalam bilik air 
Perkara yang paling nyata bagi seorang perempuan ialah mereka mesti mengambil masa yang lama dalam bilik air. Kalau mereka masuk bilik air - tak kiralah samada untuk mandi atau pun buang air - mesti lama.

Rasanya, lelaki mesti tahu kenapa perempuan ambil masa yang lama kalau mandi. Perempuan biasanya mandi lama sebab untuk memastikan mereka betul-betul bersih. Berbeza dengan lelaki, perempuan kena lebih menjaga kebersihan lebih-lebih lagi pada bahagian alat sulit mereka. Kalau tak bersih, boleh kena jangkitan.

Selain daripada itu, perempuan kena basuh rambut mereka betul-betul (bagi yang mandi membasahkan rambut). Rambut yang panjang, memang sukar dijaga (ayat macam iklan syampoo). Kalau rambut perempuan yang panjang tak dibasuh dengan betul, ada kemungkinan rambut tersebut akan rosak atau melekat.

Sebab tu perempuan kena syampoo rambut betul-betul, kena letak conditioner dan letak apa-apa lagi krim rambut untuk memastikan rambut segar dan subur walaupun bertudung.

"Ok la, Boy.. Kitorang faham la kalau perempuan mandi lama. Tapi kalau buang air pun lama, apa hal? Lagi-lagi kalau dah masuk toilet shopping complex tu. Buang air je kot, bukanya mandi."

Memang tak dapat dinafikan perempuan kalau dah masuk bilik air dekat shopping complex, memang berkurun baru keluar. Tapi semua tu ada sebabnya.

Memanglah mereka pergi buang air saja tapi perempuan berbeza dengan lelaki. Kalau lelaki, masuk toilet, bukak seluar, pancut, basuh, tarik seluar, dah boleh keluar dari bilik air. Perempuan tak semudah itu.

Kalau perempuan nak buang air kecil, mereka kena tunggu toilet yang penuh. Berbeza dengan lelaki. Kalau toilet penuh, boleh saja kencing dekat tempat kencing yang ada dekat dinding tu.

Oleh kerana alat reproduksi perempuan berbeza dengan lelaki, perempuan tak boleh kencing berdiri. Nak tak nak, kena juga kencing dalam toilet. Bila masuk dalam toilet pun, mereka kena kencing duduk, bukan macam lelaki yang boleh pancut tepat ke sasaran sambil berdiri kerana alat reproduksi lelaki yang boleh menembak ke sasaran dengan lebih tepat.

Selepas buang air kecil, perempuan akan pergi ke sinki untuk menghadap cermin besar yang ada dalam toilet. Perlukah aku terangkan hubungan baik antara perempuan dengan cermin? Perempuan kalau nampak cermin, mesti mereka nak periksa rambut, tudung dan juga make-up masing-masing. Kalau make-up dah lari, kena la touch-up sikit.

Janganlah marah sangat, bro. Awek lu betulkan make-up sebab nak bagi nampak cantik depan lu. Nanti lu jugak yang bangga ada awek yang cun kan?

Dan bagi si perempuan pulak, kalau anda jenis masuk toilet dan suruh pakwe anda pegangkan beg tangan, cepat-cepatlah keluar. Takut pakwe anda bakal dipandang serong pula sebab memagang beg tangan anda. Senang cerita, bawa sajalah beg tangan anda masuk toilet sekali.*ni sy xpaham!apsal lakk????*


Tangkap gambar dalam toilet 
Antara sebab lain kenapa perempuan lama sangat dalam toilet ialah mereka akan mengambil kesempatan yang ada untuk menangkap gambar di dalam toilet. Ya lah, apa guna iPhone4 ada kamera kalau bukan untuk tangkap gambarkan? Tak lama lagi mungkin timbul trend para gadis tangkap gambar dalam toilet menggunakan iPad2.

Sebab kenapa perempuan suka tangkap gambar dalam toilet sudah pun aku terangkan dalam netri aku yang terdahulu. Aku malas nak copy + paste balik, jadi kamu boleh saja baca balik di entri tersebut. *sgt jahat laa kutuk !!*

Tak suka berterus terang/atau cakap dengan bahasa kiasan 
Perempuan kadang-kadang tak suka cakap secara terus terang. Kadang-kadang mereka bercakap dalam bahasa kiasan. Dan kadang kala, apa yang mereka katakan tidak seperti apa yang mereka cuba maksudkan.

Sebagai contoh:
"Whatever" membawa maksud "Fuck you" atau pun "Sukahati bapak kaulah"*ni kasar lahh..xdek la mksud cmni sgt punn*
"Saya tak kisah" membawa maksud "Saya kisah! Tolonglah .."
"Give me 5 minutes" membawa maksud "Give me an hour"

Kenapa perempuan suka cakap berkias atau tak suka berterus terang. Ini memang sifat seorang wanita. Perempuan memang sukar berterus terang. Itulah sebabnya kalau seorang perempuan suka kepada lelaki, dia tak kan berterus terang dan sanggip menunggu si lelaki yang meluahkan perasaan. Kalau lelaki pun jenis takut nak meluahkan perasaan, si perempuan akan bagi hint atau "perangkap" lelaki suapaya berterus-terang. *hahahahaha*

Sebab itu juga orang perempuan lebih tertarik dan minat kepada puisi dan sajak. Sajak dan puisi banyak menggunakan bahasa kiasan dan perumpamaan, sifat yang selari dengan perempuan. Inilah agaknya sebab perempuan lebih menghargai sajak dan puisi berbanding lelaki. *betul3!!*

Perempuan dan air mata
"Aku pelik betul dengan awek aku ni. Sikit-sikit menangis. Tengok Raja Lawak pun menangis. Tak faham aku."  **hee psl raja lawak tu tipuuu!!*

Sebenarnya, aku sendiri pun menagis kalau aku menonton Raja Lawak. Menangis kerana sedih dengan mutu peserta yang ada sekarang. *cissss*

Bagi lelaki, air mata hanyalah air yang keluar disebabkan perasaan sedih, keluar ketika menguap, atau pun menahan kesakitan kerana terjatuh dari motor ketika cuba melakukan stunt bahaya untuk menarik perhatian gadis kilang yang baru balik kerja. *hahahaha..cter psl dye la nieee*

Bagi perempuan, air mata adalah segala-galanya. Air mata bukan sahaja digunakan untuk menunjukkan tahap emosi seorang wanita, tetapi juga sebagai senjata.

Perempuan memang mudah menangis kerana hati mereka agak lembut berbanding lelaki. Mereka pasti akan menangis kalau menonton drama lagi-lagi kalau drama tersebut mempunyai jalan cerita yang sedih dan dilakonkan oleh Fauziah Nawi sebagai ibu yang ditinggalkan oleh anak dan Zul Huzaimy berlakon sebagai si anak yang meninggalkan ibu kerana mengikut telunjuk bininya yang berasal dari keluarga orang-orang berada. *mOtip???*

Air mata boleh menjadi senjata dan pelindung buat wanita. 

Bagaimana air mata boleh menjadi pelindungan perempuan? 

Kalau seorang isteri sedang dimarahi oleh suaminya, pasti akan meleleh air matanya. Si suami mesti berhenti memarahi suaminya selepas melihat air mata isteri dan timbul rasa kasihan dan simpati.


Air mata perempuan melambangkan emosi mereka. Aku pernah dengar ustaz aku kata dulu yang lelaki kalau boleh janganlah marah isterinya sampai menitik air matanya. Kalau perempuan sudah menangis, itu tandanya dia betul-betul sedih dan menyesal dan amat sukar bagi seorang perempuan nak menstabilkan emosi dan perasaannya apabila sudah menagis.


Selalu berubah mood 
"Aku pelik dengan awek aku. Kejap dia kata dia suka benda ni. Kejap kata tak pulak. Kejap nak yang ini. Kejap nak yang tu pulak. Kenapa eh?" 

Itu pun kau tak tahu ke? Itu maksudnya awek kau tu tengah mengalami PMS. Senang cerita, tengah haid, tengah datang bulan, tengah bendera Jepun! Faham?
*hahahahaha..Ok dah tauu!!!*







p/s : haaaa itu sajee...best lahh!! hahahaha.......tenkiu2!!!

No comments:

Post a Comment

kOmen kiterr ~